Wednesday, 12 November 2014

KAJIAN PERSONALITI DI SEBALIK GAMBAR DP FB





Menurut psikologi di sebalik gambar display picture facebook anda sebenarnya tersirat beberapa karakter yang mungkin kamu tidak sedari.

1.     Gambar sendiri
Jika anda kerap menggunakan gambar anda sendiri, itu bermakna anda mempunyai tahap confident level yang tinggi. Kata-kata orang bukanlah penghalang untuk anda berhenti mencintai diri anda. Bagi individu seperti anda, benda yang paling utama adalah diri anda sendiri. Tak ada benda lain yang lebih bermakna berbanding diri anda. Malah anda juga seorang yang sangat berdikari.

2.     Gambar bersama sekumpulan rakan-rakan
Anda seorang yang suka bergaul. Bagi anda, kebahagiaan rakan-rakan lebih penting dari segalanya. Oleh kerana itu, anda lebih banyak berkorban dan lebih suka menghabiskan masa bersama. Sifat dan semangat persahabatan yang anda miliki sangat kuat dan kukuh. Bila keseorangan anda pasti akan “mati kutu”. Tak percaya? Cuba anda habiskan masa di rumah seorang diri.

3.     Gambar berdua
Self confident anda agak rendah. Anda malu untuk menunjukkan ‘kelebihan’ yang anda ada. Bagi anda, kata-kata orang di sekeliling anda sangat penting. Namun, adakalanya ia ‘membunuh’ semangat anda sendiri. Sifat anda yang suka bergantung dengan orang lain menampakkan anda seperti seorang yang ‘parasit’. Hakikatnya, anda bukanlah seorang yang mengada-ngada atau suka ambil kesempatan. Cumanya sifat malu anda itu terlalu menguasai diri.

4.     Gambar bersama pasangan
Sifat romantik anda tidak dapat disembunyikan lagi. Anda memang seorang yang hopeless romantik. Anda seorang yang suka berimaginasi dan bayangkan benda-benda yang indah dengan pasangan. Contohnya seperti berangankan majlis perkahwinan dan sebagainya. Tidak dinafikan, pasangan anda beruntung memiliki anda.

5.     Gambar lain
Contohnya seperti gambar haiwan, pemandangan dan sebagainya. Itu kuat membuktikan anda lebih selesa hidup di sebalik ‘tembok’. Anda mempunyai masalah dalam keyakinan diri. Bukan itu sahaja, anda agak suka ‘bersembunyi’ dan ‘sesuatu’. Anda bukan golongan yang suka menonjolkan diri. Tetapi bila bab-bab menghentam orang andalah orang yang paling ‘kuat menjerit’ atau mudah kata, anda cepat dan mudah melenting.

6.     Gambar kartun
Anda seorang yang tidak serius dengan apa yang terjadi. Sifat keanak-anakan anda itu adakalanya mencuit hati orang-orang di sekeliling. Namun adakalanya, ia juga agak menjengkelkan. Tidak diragui, anda seorang yang mudah tersenyum dan happy go lucky jadi tidak hairanlah mengapa anda nampak ‘awet muda’.

7.     Gambar tidak pandang kamera
Ego anda agak tinggi melangit. Jadi, tidak hairanlah mengapa kebanyakkan lelaki menggunakan DP seperti ini. Individu yang menggunakan gambar seperti ini lebih dikenali dengan sikap misteri mereka. Mungkin bagi sesetengah orang mereka agak sombong dan berlagak. Hakikatnya, mereka sangat peramah dan baik. Cumanya mereka ego dan agak ‘simpan’ untuk menunjukkan kemesraan mereka.

8.     Gambar hitam putih
Orangnya agak oldschool dan sangat ‘indie’. Tak dinafikan orang-orang seperti ini sangat kreatif dan lebih ke arah seni. Anda memang seorang yang kuat semangat dan berdikari. Sifat ‘nostalgia’ yang anda miliki itu membuatkan sesiapa sahaja yang cuba berkawan dengan anda akan terasa selamat dan selesa. Anda juga agak pendiam tetapi pada masa yang sama anda suka memerhat. Kemudian ada sahaja ‘kata-kata’ yang terkeluar dari minda. 

Tuesday, 11 November 2014

LELAKI VS WANITA



Assalamualaikum,

Antara fakta menarik tentang lelaki dan wanita ialah :


Lelaki : Susah nak fokus sesuatu perkara terutamanya yang membabitkan perhubungan


Wanita : Senang fokus pada sesuatu perkara walaupun remeh


Lelaki : Emosi ibarat getah. Bila marah perasaan akan menegang dan akan kendur bila marah dah surut


Wanita : Emosi bagai ombak , datang dan pergi. Sebab tu perasaan marah seorang wanita sukar nak reda.


Lelaki : Lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila tertekan.


Wanita : Apabila tertekan, biasanya wanita lebih senang meluahkan apa yang dirasa


Lelaki : Disebabkan ego, susah nak terima pertolongan atau pendapat orang lain termasuklah pasangannya.


Wanita : Senang menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang terutama orang yang dekat di hatinya.


Lelaki : Apabila perasaan tergugat, lebih senang berdiam diri tanda protes.


Wanita : Apabila perasaan tergugat, cepat melenting dan protes secara terang-terangan.


Lelaki : Melihat sesuatu perkara secara keseluruhan.


Wanita : Melihat sesuatu perkara secara terperinci. 


Lelaki : Kejayaan dinilai berdasarkan prestasi dan kredibiliti sendiri


Wanita : Sentiasa menilai diri berdasarkan kekuatan perasaan dan kualiti hubungan dengan orang sekeliling.


Lelaki : Boleh menjadi pemurah atau pun pemboros


Wanita : Boleh menjadi kedekut atau pun berjimat cermat


Lelaki : Kurang teliti dalam berkomunikasi tapi pantas memberikan pandangan


Wanita : Mendengar dengan teliti tapi lambat bagi pandangan sebab wanita berfikir dulu sebelum bertindak.


Lelaki : Sukar mintak maaf tapi senang melupakan.


Wanita : Senang mintak maaf walaupun tak mudah melupakan


Lelaki : Senang untuk buat keputusan


Wanita : Lebih senang mengikut keputusan


Lelaki : Apabila rindu, biasanya lebih senang melakukan perkara lain macam melepak dengan kawan- kawan atau bersukan untuk tenangkan diri.


Wanita : Lebih senang melayan perasaan rindu sendirian, menulis perasaanya ataupun dengar lagu-lagu cinta.


 * SEKADAR HIBURAN

Sunday, 2 November 2014

RAHSIA PERSONALITI DIRI MELALUI JENIS DARAH







LELAKI BERDARAH “A”…. 
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’,ini bererti dia tergolong dlm lingkungan individu yg serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri.Umumnya ,golongan ini amat baik terhadap kaum wanita.Setelah mendirikan rumah tangga,dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati..Bak kata org tu,segala2nya dicurahkan kpd isterinya.Bahkan setiap kali kluar rumah,dia selalu ingat kpd anak dan isterinya di rumah.Berbahagialah kamu krn dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yg baik dan sangat bertanggungjawab.Mereka yg tergolong dlm kolompok ini merupakan individu yg ‘gentleman’.Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu.Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yg sempurna.Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yg tidak terurus.Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yg baik.Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah.Berkemungkinan juga,sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan,dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri.Wow!! Bahaya juga tu… 

LELAKI BERDARAH “B”… 
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yg terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’.Dia hanya melakukan perkara yg dia mahu saja.Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung.Contohnya,ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan,tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman2 hingga larut malam.Berhati2 sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu.Biasanya individu yg tergolong dlm kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga.Apa yg diinginkannya ialah menikmati kehidupan.Tanggungjawab kpd keluarga memang kurg.W/bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu.Kamu perlu ingat,pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan.Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata,berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri hati biarpun terhadap anak sendiri… 

LELAKI BERDARAH “O”… 
Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’ ,kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental.Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti.Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yg romantis dan sering melindungi kamu.Namun setelah mendirikan rumah tangga,biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yg penting sahaja.Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dlm satu masa.Jangan bimbang,dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yg baik..Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia.Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yg sentiasa bekerja keras.Berhati2 dalam komunikasi korang.jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kpd seorg yg pemalas!!… 

LELAKI BERDARAH “AB”… Beruntung kamu.Individu ini adalah seorg yg prihatin.Ketika kamu sedang sakit,si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms.Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat utk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu.Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya.Sebagai pasangan,kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini.Setelah mendirikan rumah tangga,kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya.Sesungguhnya, dia seorg yg suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri… 



PEREMPUAN BERDARAH “A”… 
Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yg baik.Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara,dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik.Kamu rela bangun pagi utk memasak dan menguruskan rumah tangga.Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yg sempurna.Kadangkala,ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi.Baik kamu ubah sikap sebegini… 

PEREMPUAN BERDARAH “B”…. 
Kamu seorg yg trendy dan suka bersosial.Kamu masih belum bersedia utk menjadi isteri dan ibu.Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari.Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman2 dan bijak membawa diri.Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri utk menjadi seorg ibu dan isteri yg baik.Kadangkala,kamu agak egois,namun krn kamu sangat mempersona,teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu.Satu perkara lagi,kamu adalah individu yg boros.Awas!!!… 

PEREMPUAN BERDARAH “O”… 
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan.Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu.Sekiranya suami pulang lewat malam,kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya.Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah.Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu.Awas,nanti suami kamu kesepian.Setelah bergelar ibu,kamu terus mengabaikan penampilan kamu.Ingat!itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita.Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan…?  

PEREMPUAN BERDARAH “AB”… 

Kamu wanita cerdas.Mampu menjaga suami dengan baik.Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional.Waktu yg ada kamu pergunakannya utk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru.Kamu tidak suka menjadi ibu2.Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi.Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu.Sifat “cool”adalah milik kamu.Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki…

p/s: Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%. 



Sunday, 26 October 2014

Tempat Menarik Di TERENGGANU




Terengganu merupakan salah satu negeri yang berada di pantai timur Malaysia yang mempunyai pelbagai tempat menarik untuk diterokai. Sebagai anak Terengganu, DS akan berkongsi beberapa tempat menarik di Terengganu yang mesti dilawati !!
Seperti yang tersedia maklum, Negeri Terengganu mempunyai pantai yang amat panjang dan mempunyai destinasi pulau-pulau yang cantik dan terbanyak di Semenanjung Malaysia.
Sebelum kita kupas satu persatu jom kita lihat terlebih dahulu destinasi makan-makan yang unik dan susah nak dijumpai di negeri lain. 

Tempat Menarik di Terengganu untuk Makan Makan








deretan ikan celup tepung - tempat menarik di terengganu
Ikan Celup Tepung (ICT
– Orang Terengganu memang suka makanan yang berasaskan sumber laut seperti ikan, udang dan ketam. Kalau di area Kuala Terengganu, beberapa destinasi untuk makanan laut celup tepung boleh ditemui dan sangat popular di sini seperti di Pantai Teluk Ketapang dan juga Mengabang Telipot. Kalau di Marang pula ialah Pantai Kelulut.
Kalau di daerah Besut, semestinya di sekitar Pantai Penarik, terdapat beberapa kedai yang menyediakan makan celup tepung yang juga tidak kurang hebatnya.
keropok lekor losongKeropok Lekor – Tak perlu diperkenalkan lagi, Terengganu memang dah sah cukup sinonim dengan keropok lekor. Antara destinasi yang best untuk membeli keropok lekor ialah di Kampung Losong dan Kedai Keropok Lekor BTB 2209 di Kg Bukit Tok Bing.
aneka keropok lekor seperti cheese, bawang cheese dan lada hitamJangan terkejut, sekarang ni keropok lekor berkeju, keropok lekor lada hitam dan keropok lekor bawang berkeju sudah ada di pasaran. Satu kelainan yang amat jarang sekali untuk dijumpai di tempat lain.
nasi dagang dan acar timunNasi Dagang – Nasik dagang juga merupakan salah satu makanan pagi yang amat popular di Terengganu dan destinasi yang best ialah di sekitar Dungun iaitu Warung Power. Sementara di Kuala Terengganu, satu destinasi yang amat popular sudah tentu di Kedai Nasi Dagang Mak Ngah.
Ketupat Sotong – Menu lauk makan tengahari dan juga boleh dimakan seperti bubur. Antara kedai yang popular di sekitar bandar Kuala Terengganu ialah di AZ Selera Timur manakala kalau di Kemaman ialah di Restoran Ani Selera Kampung.
pais sotong mmg sedap - tempat menarik di terengganuSata dan Otak-Otak – Kalau bercakap pasal makanan ini, destinasi yang amat popular sudah tentu di daerah Kemaman iaitu di Warung Aziz Sata. Selain Otak-otak kita juga boleh mencuba makanan lain di sini seperti pais sotong, udang dan ikan.
rupa telur penyu
Keenakan Telur Penyu – Terengganu memang cukup sinonim dengan telur penyu. Kalau korang berminat nak rasa keunikan telur penyu ni, salah satu destinasi makan yang biasa orang pergi di Kuala Terengganu ialah di Restoran Mat Binjai. 

Keindahan Pantai di Terengganu

Pantai Batu BurukBandaraya Pesisir Pantai. Memang tak dinafikan Terengganu memang banyak lokasi pantai yang cukup menawan dan seronok untuk dilawati.
20131016_175003Namun, memandangkan pesisir pantai Terengganu ni di Laut Cina Selatan maka untuk aktiviti mandi di Pantai cuma beberapa pantai sahaja yang sesuai untuk mandi seperti diPantai PandakPantai Bukit Keluang dan juga di Pantai Teluk Bidara.
20131016_134623Sekiranya kita nak bersiar-siar dan berekreasi bersama keluarga, banyak pantai-pantai yang boleh dilawati untuk aktiviti yang menarik di sini dan pilihan DS sudah tentunya di Pantai Batu BurukPantai Teluk Ketapang dan Pantai Bukit Keluang. 3 Destinasi pantai ini lebih meriah dan menyeronokkan kalau nak dibandingkan dengan pantai-pantai lain di Terengganu.
Namun sekiranya mahukan privacy atau tidak sesak dengan orang, destinasi pantai lain juga boleh dilawati dan keindahannya tetap mengusik kalbu.

Rangkaian Pulau Terengganu yang Mempesonakan

Pulau KapasBercakap mengenai Pulau pula, Terengganu memang banyak pulau-pulau yang cantik dan menarik untuk pelbagai aktiviti yang lasak dan menyeronokkan seperti snorkeling, scuba diving dan sebagainya.
contohnya  ialah Pulau RedangPulau Perhentian dan juga Pulau Kapas.
Memang banyak lagi Pulau lain yang ada di Terengganu, namun 3 pulau ini merupakan cadangan  kalau mahu bercuti ke pulau di Terengganu.

Destinasi Pilihan Untuk Membeli Belah di Terengganu

Kalau di Kuala Terengganu, memang tidah syak lagi Pasar Besar Kedai Payang wajib dilawati. Di sini memang banyak tarikan dan keunikannya yang tersendiri yang menjadikan Pasar Besar Kedai Payang salah satu destinasi pelancong luar.
20131016_150112Antara barangan yang menarik ada di sini ialah barangan kraftangan, batik, sutera terengganu, songket, keropok lekor, keropok keping, barangan tembaga, tudung, baju kelawar dan macam-macam lagi.
20131009_115925Pilihan Shopping Mall di Terengganu tidaklah terlalu banyak seperti di Kuala Lumpur atau Selangor. Dan antara yang paling popular di Kuala Terengganu ialah di Mydin Mall dan juga Giant yang bersebelahan. Kalau nak tengok wayang di Terengganu, memang susah, hanya satu destinasi je yang boleh kita tengok wayang iaitu di Mesra Mall yang terletak di Kertih, Kemaman, Terengganu.

Destinasi Air Terjun di Terengganu

Melepak dan berehat di kawasan cetekAntara destinasi air terjun yang paling best ialah di Air Terjun Sekayu dan juga diAir Terjun Chemerong. DS sudah ke sini  termasuk berkhemah di dua lokasi air terjun ini. Kalau di hujung minggu memang ramai orang yang datang dan seeloknya datanglah awal untuk mengelakkan kesesakan.
Kalau nak dikupas satu persatu memang banyak tempat menarik di Terengganu yang amat disyorkan untuk dilawati namun terpulang kepada kita sama ada kita suka destinasi yang bersejarah, flora dan fauna atau pun destinasi yang lasak.

Wednesday, 15 October 2014

STID

Resume
Cover letter
Job Advertisement

Cara Mengemas Bilik Tido Semudah ABC


Step 1 –Motivate diri sendiri
Kalau anda asyik berfikir “Ini akan mengambil masa yang lama” memang susah la nak buat.. Cuba fikir, kita boleh lakukan, dan akan ciap cepat kalau saya mula dari sekarang!

Step 2- Pasang lagu, Menyanyi sambil mengemas
Ha, ini paling syok.. untuk mengelakkan anda bosan bila mengemas, dan tiba tiba terasa malas, elok la anda pasang lagu dan menyanyi semasa mengemas.. Lagu raya pon boley~..

Step 3 – Buka semua tingkap untuk bagi udara masuk
Ha, pastikan buka semua tingkap untuk mengeluarkan habuk.. kang bersin tak berhenti henti plak bila habuk terkumpul dalam bilik..

Step 4 – Kemas barang barang bersepah dahulu..
Ha, ini satu.. sebelum nak menyapu, baik kemas kan barang barang bersepah dahulu.. kalau tak nanti buat kerja dua kali… Lipat baju, kemas almari, kemas meja study…

Step 5 – Bersihkan habuk dan menyapu
Baru la kita bersihkan habuk selepas siap kemas semua barang barang bersepah..then last skali baru menyapu dan mop kalau di perlukan..

Cukup 5 step.. lepas tuh boleh mandi dan lenakan diri… Rumah bersih, bilik bersih, hiduppun akan lebih nyaman… ;)

Monday, 13 October 2014

Tafsir Mimpi








Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
  1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
  2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
  4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
  5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
  6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
  7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
  9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
  12. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
  13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
  14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
  15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
  16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
  17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
  18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
  20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
  21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
  22. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
  23. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
  28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
  30. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
  31. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  32. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  33. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  34. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
  35. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  36. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  37. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  38. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  39. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
  41. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  43. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
  44. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
  46. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  47. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  48. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
  49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  50. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
  51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
  52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
  53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
  54. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
  55. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
  56. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
  57. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
  58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
  59. Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman
  1. Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
  2. Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
  3. Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang
  4. Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
  5. Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
  6. Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
  7. Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
  8. Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
  9. Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya
  10. jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
  11. Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
  12. Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
  13. Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.
  14. Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
  15. Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
  16. Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
  17. Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
  18. Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
  19. Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
  20. Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
  21. Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
  22. Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
  23. Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

Bermimpi Akan Haiwan
  1. Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
  2. Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
  3. Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
  4. Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
  5. Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
  6. Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
  7. Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
  8. Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
  9. Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
  10. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
  11. Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
  12. Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
  13. Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
  14. Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
  15. Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
  16. Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
  17. Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
  18. Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
  19. Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
  20. Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
  21. Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
  22. Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
  23. Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
  24. Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
  25. Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
  26. Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
  27. Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
  28. Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
  29. Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
  30. Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal

*p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui.