Tuesday, 11 November 2014

LELAKI VS WANITA



Assalamualaikum,

Antara fakta menarik tentang lelaki dan wanita ialah :


Lelaki : Susah nak fokus sesuatu perkara terutamanya yang membabitkan perhubungan


Wanita : Senang fokus pada sesuatu perkara walaupun remeh


Lelaki : Emosi ibarat getah. Bila marah perasaan akan menegang dan akan kendur bila marah dah surut


Wanita : Emosi bagai ombak , datang dan pergi. Sebab tu perasaan marah seorang wanita sukar nak reda.


Lelaki : Lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila tertekan.


Wanita : Apabila tertekan, biasanya wanita lebih senang meluahkan apa yang dirasa


Lelaki : Disebabkan ego, susah nak terima pertolongan atau pendapat orang lain termasuklah pasangannya.


Wanita : Senang menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang terutama orang yang dekat di hatinya.


Lelaki : Apabila perasaan tergugat, lebih senang berdiam diri tanda protes.


Wanita : Apabila perasaan tergugat, cepat melenting dan protes secara terang-terangan.


Lelaki : Melihat sesuatu perkara secara keseluruhan.


Wanita : Melihat sesuatu perkara secara terperinci. 


Lelaki : Kejayaan dinilai berdasarkan prestasi dan kredibiliti sendiri


Wanita : Sentiasa menilai diri berdasarkan kekuatan perasaan dan kualiti hubungan dengan orang sekeliling.


Lelaki : Boleh menjadi pemurah atau pun pemboros


Wanita : Boleh menjadi kedekut atau pun berjimat cermat


Lelaki : Kurang teliti dalam berkomunikasi tapi pantas memberikan pandangan


Wanita : Mendengar dengan teliti tapi lambat bagi pandangan sebab wanita berfikir dulu sebelum bertindak.


Lelaki : Sukar mintak maaf tapi senang melupakan.


Wanita : Senang mintak maaf walaupun tak mudah melupakan


Lelaki : Senang untuk buat keputusan


Wanita : Lebih senang mengikut keputusan


Lelaki : Apabila rindu, biasanya lebih senang melakukan perkara lain macam melepak dengan kawan- kawan atau bersukan untuk tenangkan diri.


Wanita : Lebih senang melayan perasaan rindu sendirian, menulis perasaanya ataupun dengar lagu-lagu cinta.


 * SEKADAR HIBURAN

No comments:

Post a Comment