Menurut psikologi di sebalik gambar display picture
facebook anda sebenarnya tersirat beberapa karakter yang mungkin kamu tidak
sedari.
1.
Gambar sendiri
Jika anda kerap menggunakan gambar
anda sendiri, itu bermakna anda mempunyai tahap confident level yang tinggi. Kata-kata
orang bukanlah penghalang untuk anda berhenti mencintai diri anda. Bagi individu
seperti anda, benda yang paling utama adalah diri anda sendiri. Tak ada benda
lain yang lebih bermakna berbanding diri anda. Malah anda juga seorang yang
sangat berdikari.
2.
Gambar bersama sekumpulan rakan-rakan
Anda seorang yang suka bergaul. Bagi anda,
kebahagiaan rakan-rakan lebih penting dari segalanya. Oleh kerana itu, anda
lebih banyak berkorban dan lebih suka menghabiskan masa bersama. Sifat dan
semangat persahabatan yang anda miliki sangat kuat dan kukuh. Bila keseorangan
anda pasti akan “mati kutu”. Tak percaya? Cuba anda habiskan masa di rumah
seorang diri.
3.
Gambar berdua
Self confident anda agak rendah. Anda malu
untuk menunjukkan ‘kelebihan’ yang anda ada. Bagi anda, kata-kata orang di sekeliling
anda sangat penting. Namun, adakalanya ia ‘membunuh’ semangat anda sendiri. Sifat
anda yang suka bergantung dengan orang lain menampakkan anda seperti seorang
yang ‘parasit’. Hakikatnya, anda bukanlah seorang yang mengada-ngada atau suka
ambil kesempatan. Cumanya sifat malu anda itu terlalu menguasai diri.
4.
Gambar bersama pasangan
Sifat romantik anda tidak dapat
disembunyikan lagi. Anda memang seorang yang hopeless romantik. Anda seorang
yang suka berimaginasi dan bayangkan benda-benda yang indah dengan pasangan. Contohnya
seperti berangankan majlis perkahwinan dan sebagainya. Tidak dinafikan,
pasangan anda beruntung memiliki anda.
5. Gambar lain
Contohnya seperti gambar haiwan,
pemandangan dan sebagainya. Itu kuat membuktikan anda lebih selesa hidup di
sebalik ‘tembok’. Anda mempunyai masalah dalam keyakinan diri. Bukan itu
sahaja, anda agak suka ‘bersembunyi’ dan ‘sesuatu’. Anda bukan golongan yang
suka menonjolkan diri. Tetapi bila bab-bab menghentam orang andalah orang yang
paling ‘kuat menjerit’ atau mudah kata, anda cepat dan mudah melenting.
6.
Gambar kartun
Anda seorang yang tidak serius dengan
apa yang terjadi. Sifat keanak-anakan anda itu adakalanya mencuit hati
orang-orang di sekeliling. Namun adakalanya, ia juga agak menjengkelkan. Tidak diragui,
anda seorang yang mudah tersenyum dan happy go lucky jadi tidak hairanlah
mengapa anda nampak ‘awet muda’.
7.
Gambar tidak pandang kamera
Ego anda agak tinggi melangit. Jadi,
tidak hairanlah mengapa kebanyakkan lelaki menggunakan DP seperti ini. Individu
yang menggunakan gambar seperti ini lebih dikenali dengan sikap misteri mereka.
Mungkin bagi sesetengah orang mereka agak sombong dan berlagak. Hakikatnya,
mereka sangat peramah dan baik. Cumanya mereka ego dan agak ‘simpan’ untuk
menunjukkan kemesraan mereka.
8.
Gambar hitam putih
Orangnya agak oldschool dan sangat ‘indie’.
Tak dinafikan orang-orang seperti ini sangat kreatif dan lebih ke arah seni. Anda
memang seorang yang kuat semangat dan berdikari. Sifat ‘nostalgia’ yang anda
miliki itu membuatkan sesiapa sahaja yang cuba berkawan dengan anda akan terasa
selamat dan selesa. Anda juga agak pendiam tetapi pada masa yang sama anda suka
memerhat. Kemudian ada sahaja ‘kata-kata’ yang terkeluar dari minda.
No comments:
Post a Comment