Cara nak gunanya? Hmm.. sonang ajo.. Korang anggap lah rice cooker tu macam periuk jugak.. Cuma bezanya, masak guna rice cooker ni agak melecehkan sedikit.. Tambah2 lagi kalau korang ade 1 rice cooker jer..Sebagai contoh, kalau korang nak buat nasi goreng, of course la korang kene masak nasi putih dulu kan, so,
- Masak nasi putih seperti biasa ikutlah banyak mane yang korang nak masak. Tapi kalau periuknya kecil, janganlah korang masak sampai penuh satu rice cooker tu haa.. Macam untuk 10 orang makan.. Nanti acamno nak goreng nasi nye kak? Heee..
- Letakkan nasi putih yang telah siap dimasak ke dalam satu bekas. Kemudian, basuh rice cooker dan lapkan sehingga kering.
- Letakkan sedikit minyak, kemudian goreng ikan bilis/hotdog atau isi ketam atau bebola yang telah dipotong kecil2 sehingga garing / masak.
- Tumis bawang dan bahan2 untuk membuat nasi goreng. (Kalau nak senang, malas nak tumbuk/blander bahan2 nasi goreng tu, belil je perencah segera nasi goreng dekat kedai... Hihi)
- Kemudian, masukkan nasi putih dan gaul sehingga sebati dengan rencah2 nasi goreng yang telah ditumis tadi..
- Agak2 dah sebati, hidangkan nasi goreng tersebut di atas pinggan dan sedia untuk dimakan... ummmm...yummmyyy3... Hee.. :D
Kalau nak masak tomyam, sup dan sebagainya, pun sama sahaja caranya.. Bahan2, cara memasak, semuanya sama macam korang selalu masak kalau guna dapur gas.. Cuma bezanya dekat sini, korang masak guna rice cooker.. Tapi saya sarankan supaya anda semua masak yang simple2 je dah la.. Nama pun guna rice cooker.. Kalau korang nak goreng ikan bawal, ikan keli ke, buat masak lemak cili api ke, memang tak la kan... Leceh kot kalau korang nak masak semua tu guna rice cooker... Hee... Jadi masak lah mengikut logik akal dan kemampuan :) ..







No comments:
Post a Comment