Tulisan tangan dan tanda tangan merupakan suatu gerakan motor yang dipelajari mulai dari kecil hingga dewasa, dengan proses pembelajaran yang sangat kompleks. Setiap orang biasanya diajar cara menulis yang sama ketika mereka kecil, tapi lama kelamaan, masing masing akan memiliki cara penulisan yang berbeza dan khas. Hal ini berlaku kerana ketika proses menulis, tulisan tangan dipengaruhi oleh banyak faktor, mulai dari kerja otak, saraf, perasaan dan suasana hati, sehingga tulisan tangan adalah perilaku yang dapat ditunjukkan melalui coretan-coretannya. Secara tidak langsung menyebabkan tulisan tangan berguna sebagai bukti di dunia forensik disebabkan keunikan khusus antara seorang penulis dengan penulis yang lain.
Ukuran TulisanUkuran Tulisan Besar: Pemilik tulisan bersaiz besar suka mendapat perhatian ramai, ingin pendapatnya sentiasa didengari serta bersedia kehadapan. Mereka juga suka memikirkan perkara yang baik-baik, mudah marah dan tidak suka hanya duduk berpeluk tubuh.
Ukuran Tulisan Sederhana: Orang yang saiz tulisannya sederhana adalah orang yang simple, praktikal, berkecuali dan tenang.
Ukuran Tulisan Kecil: Bertulisan Kecil cenderung bersifat pendiam, tidak suka menjadi perhatian ramai, berjiwa halus dan menitikberatkan perkara-perkara terperinci.
TekananTekanan Yang Kuat: Orang yang tekanan tulisannya kuat sehingga mungkin menyebabkan kesan di balik kertasnya mempunyai emosi yang tinggi (gembira atau sedih). Dia boleh memaafkan tetapi tidak dapat melupakan apa yang telah anda dilakukan kepadanya. Dia juga mempunyai keinginan dan keazaman yang kuat serta tidak selesa melihat sesuatu yang tidak sempurna.
Tekanan Yang Ringan: Pemilik tulisan bertekanan ringan pula biasanya mempunyai karektor yang santai, tenang dan bertoleransi tinggi. Walau bagaimanapun golongan ini sukar membuat keputusan dan mudah dipengaruhi. Anda juga cepat marah tetapi cepat kembali ‘sejuk’.
Secara umumnya semakin kuat tekanan tulisan anda, semakin besar juga emosi.
KecondonganCondong Ke Kanan: Pemilik tulisan ini biasanya akan menyerlahkan emosi yang ada dan sentiasa perlu berinteraksi dengan orang lain. Semakin condong ke kanan, semakin beremosilah anda. Anda cenderung bertindak mengikut perasaan berbanding berfikir secara logik dan ini amat disukai oleh peniaga dan pengiklan! Anda seorang yang ramah, terbuka dan aktif.
Tulisan Menegak: Orang yang mempunyai tulisan tegak merupakan seorang yang agak pendiam, tidak suka mencampuri hal orang lain dan mengelakkan diri dari rapat dengan sesiapa serta dapat mengekang emosi dengan baik dalam menghadapi masalah. Malangnya pemilik tulisan tegak merupakan orang yang tidak pandai menyatakan perasaannya.
Condong Ke Kiri: Pemilik tulisan sebegini dikatakan selesa memendam perasaan, takut meluahkan perasaan dan tidak gemar bergaul dengan orang lain (introvert). Orang lain berasa sukar untuk memahami sifatnya kerana dia tidak akan menunjukkan perasaan atau reaksi ketika orang lain sedang ketawa berdekah-dekah kelucuan. Sebenarnya dia sekadar merasa janggal untuk ketawa seperti itu.
Condong Ke Segala Arah: Orang yang tulisannya condong kesemua arah merupakan orang yang tidak konsisten (fikiran tidak menentu), sukar diramalkan atau masih belum mempunyai tujuan hidup yang jelas.

No comments:
Post a Comment