Wednesday, 12 November 2014

KAJIAN PERSONALITI DI SEBALIK GAMBAR DP FB





Menurut psikologi di sebalik gambar display picture facebook anda sebenarnya tersirat beberapa karakter yang mungkin kamu tidak sedari.

1.     Gambar sendiri
Jika anda kerap menggunakan gambar anda sendiri, itu bermakna anda mempunyai tahap confident level yang tinggi. Kata-kata orang bukanlah penghalang untuk anda berhenti mencintai diri anda. Bagi individu seperti anda, benda yang paling utama adalah diri anda sendiri. Tak ada benda lain yang lebih bermakna berbanding diri anda. Malah anda juga seorang yang sangat berdikari.

2.     Gambar bersama sekumpulan rakan-rakan
Anda seorang yang suka bergaul. Bagi anda, kebahagiaan rakan-rakan lebih penting dari segalanya. Oleh kerana itu, anda lebih banyak berkorban dan lebih suka menghabiskan masa bersama. Sifat dan semangat persahabatan yang anda miliki sangat kuat dan kukuh. Bila keseorangan anda pasti akan “mati kutu”. Tak percaya? Cuba anda habiskan masa di rumah seorang diri.

3.     Gambar berdua
Self confident anda agak rendah. Anda malu untuk menunjukkan ‘kelebihan’ yang anda ada. Bagi anda, kata-kata orang di sekeliling anda sangat penting. Namun, adakalanya ia ‘membunuh’ semangat anda sendiri. Sifat anda yang suka bergantung dengan orang lain menampakkan anda seperti seorang yang ‘parasit’. Hakikatnya, anda bukanlah seorang yang mengada-ngada atau suka ambil kesempatan. Cumanya sifat malu anda itu terlalu menguasai diri.

4.     Gambar bersama pasangan
Sifat romantik anda tidak dapat disembunyikan lagi. Anda memang seorang yang hopeless romantik. Anda seorang yang suka berimaginasi dan bayangkan benda-benda yang indah dengan pasangan. Contohnya seperti berangankan majlis perkahwinan dan sebagainya. Tidak dinafikan, pasangan anda beruntung memiliki anda.

5.     Gambar lain
Contohnya seperti gambar haiwan, pemandangan dan sebagainya. Itu kuat membuktikan anda lebih selesa hidup di sebalik ‘tembok’. Anda mempunyai masalah dalam keyakinan diri. Bukan itu sahaja, anda agak suka ‘bersembunyi’ dan ‘sesuatu’. Anda bukan golongan yang suka menonjolkan diri. Tetapi bila bab-bab menghentam orang andalah orang yang paling ‘kuat menjerit’ atau mudah kata, anda cepat dan mudah melenting.

6.     Gambar kartun
Anda seorang yang tidak serius dengan apa yang terjadi. Sifat keanak-anakan anda itu adakalanya mencuit hati orang-orang di sekeliling. Namun adakalanya, ia juga agak menjengkelkan. Tidak diragui, anda seorang yang mudah tersenyum dan happy go lucky jadi tidak hairanlah mengapa anda nampak ‘awet muda’.

7.     Gambar tidak pandang kamera
Ego anda agak tinggi melangit. Jadi, tidak hairanlah mengapa kebanyakkan lelaki menggunakan DP seperti ini. Individu yang menggunakan gambar seperti ini lebih dikenali dengan sikap misteri mereka. Mungkin bagi sesetengah orang mereka agak sombong dan berlagak. Hakikatnya, mereka sangat peramah dan baik. Cumanya mereka ego dan agak ‘simpan’ untuk menunjukkan kemesraan mereka.

8.     Gambar hitam putih
Orangnya agak oldschool dan sangat ‘indie’. Tak dinafikan orang-orang seperti ini sangat kreatif dan lebih ke arah seni. Anda memang seorang yang kuat semangat dan berdikari. Sifat ‘nostalgia’ yang anda miliki itu membuatkan sesiapa sahaja yang cuba berkawan dengan anda akan terasa selamat dan selesa. Anda juga agak pendiam tetapi pada masa yang sama anda suka memerhat. Kemudian ada sahaja ‘kata-kata’ yang terkeluar dari minda. 

Tuesday, 11 November 2014

LELAKI VS WANITA



Assalamualaikum,

Antara fakta menarik tentang lelaki dan wanita ialah :


Lelaki : Susah nak fokus sesuatu perkara terutamanya yang membabitkan perhubungan


Wanita : Senang fokus pada sesuatu perkara walaupun remeh


Lelaki : Emosi ibarat getah. Bila marah perasaan akan menegang dan akan kendur bila marah dah surut


Wanita : Emosi bagai ombak , datang dan pergi. Sebab tu perasaan marah seorang wanita sukar nak reda.


Lelaki : Lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila tertekan.


Wanita : Apabila tertekan, biasanya wanita lebih senang meluahkan apa yang dirasa


Lelaki : Disebabkan ego, susah nak terima pertolongan atau pendapat orang lain termasuklah pasangannya.


Wanita : Senang menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang terutama orang yang dekat di hatinya.


Lelaki : Apabila perasaan tergugat, lebih senang berdiam diri tanda protes.


Wanita : Apabila perasaan tergugat, cepat melenting dan protes secara terang-terangan.


Lelaki : Melihat sesuatu perkara secara keseluruhan.


Wanita : Melihat sesuatu perkara secara terperinci. 


Lelaki : Kejayaan dinilai berdasarkan prestasi dan kredibiliti sendiri


Wanita : Sentiasa menilai diri berdasarkan kekuatan perasaan dan kualiti hubungan dengan orang sekeliling.


Lelaki : Boleh menjadi pemurah atau pun pemboros


Wanita : Boleh menjadi kedekut atau pun berjimat cermat


Lelaki : Kurang teliti dalam berkomunikasi tapi pantas memberikan pandangan


Wanita : Mendengar dengan teliti tapi lambat bagi pandangan sebab wanita berfikir dulu sebelum bertindak.


Lelaki : Sukar mintak maaf tapi senang melupakan.


Wanita : Senang mintak maaf walaupun tak mudah melupakan


Lelaki : Senang untuk buat keputusan


Wanita : Lebih senang mengikut keputusan


Lelaki : Apabila rindu, biasanya lebih senang melakukan perkara lain macam melepak dengan kawan- kawan atau bersukan untuk tenangkan diri.


Wanita : Lebih senang melayan perasaan rindu sendirian, menulis perasaanya ataupun dengar lagu-lagu cinta.


 * SEKADAR HIBURAN

Sunday, 2 November 2014

RAHSIA PERSONALITI DIRI MELALUI JENIS DARAH







LELAKI BERDARAH “A”…. 
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’,ini bererti dia tergolong dlm lingkungan individu yg serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri.Umumnya ,golongan ini amat baik terhadap kaum wanita.Setelah mendirikan rumah tangga,dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati..Bak kata org tu,segala2nya dicurahkan kpd isterinya.Bahkan setiap kali kluar rumah,dia selalu ingat kpd anak dan isterinya di rumah.Berbahagialah kamu krn dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yg baik dan sangat bertanggungjawab.Mereka yg tergolong dlm kolompok ini merupakan individu yg ‘gentleman’.Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu.Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yg sempurna.Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yg tidak terurus.Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yg baik.Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah.Berkemungkinan juga,sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan,dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri.Wow!! Bahaya juga tu… 

LELAKI BERDARAH “B”… 
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yg terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’.Dia hanya melakukan perkara yg dia mahu saja.Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung.Contohnya,ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan,tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman2 hingga larut malam.Berhati2 sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu.Biasanya individu yg tergolong dlm kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga.Apa yg diinginkannya ialah menikmati kehidupan.Tanggungjawab kpd keluarga memang kurg.W/bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu.Kamu perlu ingat,pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan.Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata,berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri hati biarpun terhadap anak sendiri… 

LELAKI BERDARAH “O”… 
Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’ ,kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental.Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti.Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yg romantis dan sering melindungi kamu.Namun setelah mendirikan rumah tangga,biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yg penting sahaja.Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dlm satu masa.Jangan bimbang,dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yg baik..Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia.Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yg sentiasa bekerja keras.Berhati2 dalam komunikasi korang.jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kpd seorg yg pemalas!!… 

LELAKI BERDARAH “AB”… Beruntung kamu.Individu ini adalah seorg yg prihatin.Ketika kamu sedang sakit,si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms.Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat utk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu.Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya.Sebagai pasangan,kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini.Setelah mendirikan rumah tangga,kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya.Sesungguhnya, dia seorg yg suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri… 



PEREMPUAN BERDARAH “A”… 
Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yg baik.Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara,dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik.Kamu rela bangun pagi utk memasak dan menguruskan rumah tangga.Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yg sempurna.Kadangkala,ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi.Baik kamu ubah sikap sebegini… 

PEREMPUAN BERDARAH “B”…. 
Kamu seorg yg trendy dan suka bersosial.Kamu masih belum bersedia utk menjadi isteri dan ibu.Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari.Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman2 dan bijak membawa diri.Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri utk menjadi seorg ibu dan isteri yg baik.Kadangkala,kamu agak egois,namun krn kamu sangat mempersona,teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu.Satu perkara lagi,kamu adalah individu yg boros.Awas!!!… 

PEREMPUAN BERDARAH “O”… 
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan.Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu.Sekiranya suami pulang lewat malam,kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya.Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah.Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu.Awas,nanti suami kamu kesepian.Setelah bergelar ibu,kamu terus mengabaikan penampilan kamu.Ingat!itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita.Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan…?  

PEREMPUAN BERDARAH “AB”… 

Kamu wanita cerdas.Mampu menjaga suami dengan baik.Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional.Waktu yg ada kamu pergunakannya utk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru.Kamu tidak suka menjadi ibu2.Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi.Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu.Sifat “cool”adalah milik kamu.Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki…

p/s: Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.